Tuesday, February 10, 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA (MSSMDR) DAERAH REMBAU 2015

Kejohanan merentas desa Peringkat Daerah Rembau tahun ini telah berlangsung pada 26 Januari 2015 bertempat di SMKA Dato’ Hj. Abu Hassan Hj. Sail. Kejohanan ini yang dikelolakan bersama oleh SK. Undang Rembau dan SMKA Dato’ Hj. Abu Hassan Hj. Sail telah disertai oleh para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada kejohanan kali ini sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu L B18, P B18, L B15, P B15, L B12 dan P B12.  Penyertaan kali ini amat menggalakkan dengan penyertaan 11 buah sekolah menengah , sebuah sekolah swasta dan 15 sekolah rendah telah mengambil bahagian dengan jumlah pelajar yang terlibat sebanyak 600 orang.  Johan keseluruhan bagi sekolah menangah ialah SMKA Dato’ Hj. Abu Hassan Hj. Sail dan bagi sekolah rendah pula ialah SK. Taman Seri Rembau.  Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Datin Hjh. Naemah Bt. Ahmad Dahalan