Tuesday, January 17, 2012

PEMANTAUAN SEKTOR AKADEMIK PPDR 1 / 2012


Pemantauan Sektor Pengurusan Akademik PPD Rembau telah dijalankan di SK Pilin pada 17 Januari 2012. Seramai 10 orang pegawai telah terlibat dalam pemantauan tersebut. Terima kasih kepada Tn Hj Hatta Jantan selaku Guru Besar bersama dengan seluruh warga SK Pilin yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sehingga pemantauan dapat dibuat dengan jayanya. Dapatan-dapatan hasil dari pemantauan ini diharap dapat membantu pihak sekolah SK Pilin ke arah kecemerlangan akademik dan pengurusan panitia. Selamat maju jaya kepada warga SK Pilin.

Friday, January 13, 2012

ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR 2011

Balai Undang Luak Rembau dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Rembau telah mengadakan penyampaian anugerah cemerlang UPSR  kepada calon yang telah mengharumkan nama daerah Rembau dalam peperiksaan UPSR tahun 2011. Seramai 95 pelajar telah menerima sumbangan khas dari YTM Undang Luak Rembau.
 

 

Friday, January 6, 2012

GOTONG-ROYONG PPDR KALI PERTAMA TAHUN 2012

Rembau 6 Januari 2012:  Pejabat Pelajaran Daerah Rembau telah mengadakan gotong-royong membersihkan stor dan pejabat sempena menyambut tahun baru 2012. Semua pegawai dan kakitangan telah bersama-sama menjayakan gotong-royong tersebut.

PERLAHAN-PERLAHAN RAM... KONO PORUT DEN..

TIME NI LA DIO NYAPU KEK DOPAN PINTU PLAAK..

LALU..LALU...

NI YANG PALING BOGHEK KO..?

CAM NIA CAGHO EH HAA..

DAH BOGHOSIH DAH TU...