Sunday, November 20, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN PPD REMBAU 2011








PPPDR telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan bersama Para Pengetua dan Guru Besar Daerah Rembau pada 9 hingga 11 November di Hotel Abadi Melaka.

KHATAM AL-QURAN NSDK 2011









Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 28 Oktober bermula jam 6.00 petang sehingga 9.30 malam. Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. PPDR telah menghantar peserta kira-kira 500 orang dari sekolah-sekolah daerah Rembau. Tahniah kepada guru-guru dan peserta-peserta yang terlibat.

KORBAN AIDILADHA 2011 / 1432H








PPDR telah mengadakan sembelihan korban pada hari Selasa 8 November 2011. Lembu sebanyak 2 ekor sumbangan YB Khairi Jamaluddin dan YB Zaifubahri. Bermula seawal jam 7.30 pagi, PPDR telah memulakan gerakerja penyembelihan yang disempurnakan oleh Tn Hj Zamzan Omar Kaunselor Cemerlang dengan dibantu oleh En Yazid. Agihan daging telah disempurnakan oleh wakil YB kepada 30 orang anak-anak yatim miskin dari sekolah berhampiran. Terima kasih kepada semua yang terlibat.