Thursday, March 8, 2012

KURSUS PROFISIENSI GURU-GURU BAHASA INGGERIS (BUKAN OPSYEN) DAERAH REMBAU 2011






Kursus di atas telah dijalankan bagi guru-guru Bahasa Inggeris bukan opsyen sebanyak 4 fasa di PKG REMBAU. Ia telah berlangsung pada 9 – 11 Mac, 30 Mac – 1 Apr, 13 – 15 Apr dan 4 – 6 Mei 2011. Seramai 30 orang guru-guru dari daerah Rembau dan Seremban telah menjalani kursus ini yang telah dikendalikan oleh kumpulan pensyarah dari Institut Perguruan Kampus Raja Melewar Seremban. Guru-guru ini telah dilatih khususnya dari sudut proficiency dan penguasaan grammar yang bertujuan meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di dalam bilik darjah.
            Di dalam fasa terakhir kursus ini, mereka telah diberi peluang mengadakan pameran dan mempraktikkan apa mereka kuasai sepanjang 4 fasa latihan yang dijalani. Ia telah diadakan di SK Undang Rembau di mana semua murid telah diberi peluang melihat pameran dan mengambil bahagian di dalam aktiviti yang disediakan.